Persiapan Hari Raya Aidilfitri

Seperti biasa, Sop akan bergilir-gilir beraya sama ada di rumah keluarga Sop dan keluarga isteri. Pada tahun ini adalah giliran Sop beraya di sebelah isteri terlebih dahulu. Tahun ini juga, mertua beraya di Kuala Lumpur terlebih dahulu dan kemudian balik ke kampung bapa mertua di Perak.

Pada petang tadi, kami telah ke rumah mertua untuk membuat sedikit persiapan untuk menyambut Aidilfitri. Keluarga telah mula berkemas rumah dan masak juadah berbuka serta sambutan Hari Raya Aidilfitri. Malam nanti akan diadakan takbir dari rumah ke rumah sekitar kawasan sini [ikuti dalam entry seterusnya]. Menu untuk hidangan ialah rendang, nasi himpit, kuah kacang, ketupat, dan kuih raya.

Pada petang tadi tadi, kami ke kedai cuci kereta malangnya terlalu banyak kereta yang sedang dicuci. Masing-masing mahu pastikan kereta bersih untuk dipakai berhari Raya esok.

Hari terakhir berbuka ialah di rumah mertua. Semoga berjumpa lagi Ramadan di tahun hadapan. Amin.

Galeri gambar:
Previous
Next Post »