12 September 2010

Perjalanan balik kampung Kuala Terengganu



Hari ini adalah hari untuk kami balik ke Kampung Laut, Kuala Terengganu iaitu kampung kelahiran Sop. Aktiviti berkemas telah bermula dari malam tadi lagi. Namun begitu, pagi tadi Sop dan isteri telah diserang sakit perut mungkin kerana kesilapan makan semasa beraya semalam.

Perancangan untuk bertolak jam 7 pagi tertangguh sehingga jam 10 pagi. Oleh itu, pesanan ikhlas penaja ialah beringat-ingat semasa makan.. huhuhuhu

Perjalanan dari Kuala Lumpur berjalan lancar kecuali dari Tol Gombak sehingga simpang Genting Highland agak sesak! Banyak kereta yang menuju ke puncak keriangan tersebut mengakibatkan trafik perlahan. Selepas itu, perjalanan lancar walaupun banyak kenderaan di jalan raya.

Kami singgah di hentian R&R Temerloh tetapi begitu ramai pelawat yang singgah sehingga menyukarkan untuk mencari parking. Selain itu, kami juga singgah beberapa hentian lain untuk berehat seketika [cam iklan Petronas]

Perjalanan kami agak perlahan selepas keluar Tol Jabur, Terengganu apabila melalui jalan biasa. Ini kerana kelihatan banyak kereta berada di jalan raya. Mungkin ramai yang keluar beraya pada hari kedua Syawal. Setelah 8 jam perjalanan termasuk berhenti berehat dan makan, kami tiba di kampung tercinta pada jam 6.30 petang. Syukur kepada Tuhan kerana kami telah selamat tiba ke destinasi.


Galeri gambar:
Bersedia untuk bertolak
Traffic yang agak perlahan sehingga simpang Genting
Azfar yang menyibuk Papa memandu

Makan time :)

Berhenti berehat seketika
Alicafe membantu cergaskan mata :)
Kepenatan..! tidur time...zzzz
Sepupu Azfar dan Azwar setia menanti kepulangan
Inilah rumah Tok Ki kesayangan...


EmoticonEmoticon