Kagum dengan semangat Blogwalking

Sop sangat mengagumi kerajinan rakan-rakan bloggers yang sentiasa membuat aktiviti blogwalking (BW). Didapati terdapat beberapa bloggers juga sangat aktif dan setiap masa BW. Boleh dilihat nickname beliau di merata-rata shoutbox yang ditinggalkan. Semenangnya hasil BW ini memberi pulangan traffic yang sangat berbaloi. Sop sendiri pernah cuba BW secara aktif dan traffic naik sangat mendadak! Namun begitu, apabila tiada aktiviti BW, traffic akan jatuh pula! huhuhuuh cam mano tu?

Terdapat 2 jenis BW yang dilakukan oleh bloggers berdasarkan pemerhatian Sop. Antaranya seperti berikut:

  1. Berdasarkan senarai blog - terdapat bloggers telah menyenaraikan blog untuk dilawati setiap hari. Malah terdapat software yang dicipta untuk aktiviti BW ini. Jenis ini, aktiviti BW lebih tersusun kerana bloggers telah mempunyai senarai untuk dilawati. Senarai tersebut kebiasaan blog yang lama dikenali dan percaya boleh memberi pulangan traffic. Oleh itu, jangan lupa balas BW link yang ditinggalkan.
  2. Berdasarkan shoutbox - terjahan dari blog ke blog berdasarkan link yang tersenarai di shoutbox. Jenis ini memberi traffic segera kerana ini menunjukkan bloggers tersebut sedang aktif BW. Kelebihannya ialah kita boleh menumpang traffic dari aktiviti BW tersebut.
Sop biasanya menggabungkan kedua-dua jenis tersebut. Namun begitu, jika Sop tidak mempunyai kelapangan, keutamaan diberikan kepada membalas jejak yang ditinggalkan. Ikuti entry tentang Perlukah BW setiap hari?. Jangan lupa tinggalkan komen semasa aktiviti BW yer kerana tinggalkan komen juga boleh memberi traffic. Ikuti tips memberi komen untuk traffic di sini.

Apa teknik BW anda pula?
Previous
Next Post »