Kad raya elektronik (e-kad) percuma

Teknologi yang semakin cangggih telah mengubah banyak cara hidup kita. Perubahan bukan sahaja melibatkan fizikal malah juga cara berfikir. Perubahan jika ditangani dengan baik akan memberi manfaat sepenuhnya.

Dengan kecanggihan teknologi, kad raya tradisional semakin dilupakan. Ini kerana terdapat pengganti lain yang lebih mudah dan menjimatkan berbanding kad raya tradisional. Salah satunya ialah kad raya elektronik atau e-kad.

Dengan kemudahan internet dan komputer, penghantaran e-kad sangat mudah dan cepat. Terdapat banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan ini secara percuma kepada pengguna. Antara laman web tersebut adalah seperti berikut:

Sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam ICT, adalah lebih menarik jika anda membinanya sendiri. Dengan mencipta sendiri, anda boleh memasukkan grafik mengikut kehendak tersendiri. Antara program yang boleh digunakan seperti photoshop, powerpoint, flash dan lain-lain lagi.

Untuk tahun ini, Sop tidak kesempatan untuk membuat kad raya tradisional untuk dihantar kepada ahli keluarga dan sanak saudara. Mungkin hanya membina kad elektronik dan hantar kepada mereka yang mempunyai emel dan kemudahan internet.

Bagaimana anda pula?
Previous
Next Post »