Hari Raya ke 3, di Kuala Terengganu

Semalam hanya memaparkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Tiada aktiviti beraya ke rumah dijalankan kecuali singgah di rumah emak saudara sahaja sekejab.

Pada hari raya ketiga, aktiviti beraya bermula selepas Zohor. Rumah yang menjadi tumpuan ialah rumah-rumah emak saudara. Semasa beraya, kami dihidangkan dengan pelbagai juadah dan antaranya ialah nasi lemak, nasi dagang, kuew teow, mee goreng dan sebagainya.

Di jalan raya kelihatan banyak kereta yang sedang keluar beraya. Pada sebelah petang, kami ke Marang untuk beraya dan menziarah. Semasa perjalanan, tersangkut juga dalam kesesakan jalan raya.

Pada sebelah malamnya, Azfar dan Azwar sempat bermain bunga api yang stok dibawa dari Kuala Lumpur.

Galeri gambar:
Selamat datang ke rumah Tok Ki
 
Azfar suka sangat dengan kucing
Jom beraya..
Assalamualaikum, nak beraya ni..
Shoot sendiri.. huhuhu
Wah.. ada buaian.. jom main!!
Sedap ker mee tu, mama?
Balik beraya, lepak dengan kucing lagi..
Rayakan sebulan, boleh main bunga api sebulan juga..hhuhu
Giliran sapa pula pasang tu?

Previous
Next Post »