26 September 2010

DiGi iPhone 4 Play

iPhone 4 telefon pintar yang mempunyai ciri-ciri istimewa disediakan dengan pelbagai aplikasi bukan sahaja menarik tetapi sangat berguna. Tidak mencukupi dengan aplikasi yang tersedia, aplikasi tambahan boleh dipasang mengikut keperluan. Antara kategori aplikasi yang boleh diperolehi dari iPhone 4 adalah seperti berikut:

Dalam setiap kategori tersebut, terdapat pelbagai apliasi yang berkaitan. Ia adalah sangat membantu dalam kehidupan seharian anda.

Jika diikutkan, semua aplikasi tersebut berguna tetapi yang paling menjadi kegemaran dan keperluan saya ialah aplikasi untuk kerja (work). 

Kenapa?
Aplikasi ini membantu menjadikan hidup saya lebih tersusun dan kekal dikemaskini. Ia dapat menjadi data peribadi yang mana boleh membantu menyenaraikan tugasan harian, pelan acara, peringatan dan sebagainya. Dengan bantuan aplikasi seperti ini, ia memastikan perjalanan jadual harian saya lebih tersusun dan kemas. Selain itu, ia juga boleh dijadikan diari harian sebagai rujukan.

Adalah penting menjadi seorang tersusun dan kekal fokus. Dengan tugasan dan jadual yang ketat, keadaan akan menjadi huru hara dan kelam kabut jika tidak dapat diuruskan dengan baik. Aplikasi seperti ini akan membantu pengurusan harian menjadi lebih bijak dan berkesan.


EmoticonEmoticon