27 September 2010

DiGi iPhone 4 Life


Telah mengikuti perkembangan DiGi iPhone 4 dari blog RH dari entry pertama, kedua dan ketiga?
Berminat untuk memiliki iPhone 4?
Pelan iPhone DiGi adalah yang terbaik!


Selepas pelancaran Pelan iPhone 4 oleh DiGi bermula 24 September 2010 yang lepas, mesti ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan iPhone 4. Harga pelan yang bermula serendah RM58 memberi harapan kepada semua untuk memiliki iPhone 4. Saya sendiri tertarik dengan pelan yang ditawarkan dan mungkin ini adalah masa yang terbaik untuk memiliki telefon pintar canggih terkini keluaran Apple. DiGi iPhone 4 kini untuk semua!

Adakah anda inginkan iPhone 4?
Tanpa berfikir panjang saya akan jawab "Ya"! Mungkin sebelum ini jawapan agak ragu-ragu kerana faktor kewangan. Jika ditawarkan harga yang terendah, kenapa tidak rebut peluang ini?
Jika diberi percuma? Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan!

Realiti iPhone 4 dalam kehidupan
Pastinya sesiapa yang belum pernah memiliki atau mengguna telefon pintar ini akan mengalami perubahan yang ketara. Anda (pengguna iPhone) dikira telah maju selangkah dihadapan. Kenapa?
Dengan kehebatan teknologi iPhone 4 dan aplikasi yang pelbagai, anda mampu melakukan segala-galanya hanya melalui sebuah telefon bimbit. Ikuti maklumat di sini untuk melihat semua aplikasi untuk iPhone. Bayangkan begitu besar pengaruh yang boleh dimainkan oleh iPhone 4 dalam kehidupan seharian anda.

iPhone 4 untuk ahli Nuffnang yang bertuah
Siapa agaknya yang bertuah akan memiliki iPhone 4 yang akan diberikan oleh DiGi? Beliau pastinya sangat beruntung kerana terpilih! Sekiranya saya terpilih? Hanya tuhan sahaja yang tahu kegembiraan tersebut!

Perlu merayu untuk mendapat iPhone 4 dari DiGi?
DiGi dan Nuffnang, tolong bagi saya iPhone 4! Tolong penuhi impian saya untuk memiliki iPhone 4!
Boleh ker?


EmoticonEmoticon