11 September 2010

Di petang Hari Raya Aidilfitri

Selepas Solat Jumaat, kami mula merancang untuk pergi beraya. Namun sebelum itu, rombongan biras mertua ke tiga datang beraya. Biras mertua ini adalah yang terbaru (menantu baru) yang tinggal di Damansara. Kebanyakkan ramai yang keluar ziarah-menziarahi selepas solat Jumaat.

Kemudian, giliran kami pula keluar beraya. Semua ahli keluarga yang ada turut serta keluar beraya. Destinasi pertama ialah ke rumah biras mertua yang kedua yang terletak di Bandar Tasik Selatan, Cheras, Kuala Lumpur (keluarga Sop biras yang pertama - menantu yang pertama). Perjalanan ke Cheras sungguh lancar kerana tiada kesesakan lalulintas [kalaulah KL cam ni selalu, mesti best..huhuhu]

Rombongan raya kami telah dinanti oleh biras mertua dengan hidangan pelbagai juadah seperti nasi himpit, rendang, kuah kacang, pulut kuning dan kuih raya.

Seterusnya kami ke Cheras baru untuk beraya ke rumah rakan mertua. Di sini, kami dihidangkan nasi beriyani. Ini kerana rakan mertua ialah keluarga mamak. Memang best!!

Selesai beraya di Cheras Baru, destinasi seterusnya ialah Batu 6, Cheras, Kuala Lumpur iaitu salah seorang saudara mertua yang beraya di Kuala Lumpur. Di rumah Tok Man, ini adalah kali pertama Sop makan daging kambing paling banyak [Sop kurang suka bau daging kambing] kerana daging kambing yang dibakar tersebut sungguh sedap. Kami balik dari rumah Tok Man hampir Magrib.

Malam ini, kami hanya berehat kerana kepenatan beraya seharian. Esok pagi, kami akan bertolak ke Kuala Terengganu untuk beraya di rumah keluarga Sop. Doakan keselamatan perjalanan Sop sekelurga esok. Ikuti suasana beraya di Kuala Terenggani dalam 'entry' seterusnya.

Galeri gambar:

Antara hidangan Aidilfitri semasa beraya
Suka Azfar makan kuih raya
Hampir semua juadah dirasai
Gambar 'shoot' oleh Azfar
Gambar bunga depan rumah Tok Man.. shoot, jgn tak shoot!
Sempat jumpa 2 jenis bunga..huhuhu


EmoticonEmoticon