Di pagi Hari Raya Aidilfitri

Pada awal pagi, Sop bersiap untuk ke masjid Setapak Jaya untuk menunaikan solat Sunat Aidilfitri. Selesai sahaja solat, kami sekeluarga terus ke rumah mertua untuk beraya. Sampai sahaja, kami mulakan aktiviti pagi raya dengan bersarapan pagi. Terdapat pelbagai menu yang disediakan oleh mertua seperti nasi himpit, ketupat, lemang, kuih raya dan lain-lain lagi. Menu kegemaran Sop di pagi raya ialah ketupat dan lemang bersama rendang ayam.

Selesai bersarapan, kami mulakan sesi bermaaf-maafan sesama ahli keluarga. Disamping itu, pemberian duit raya turut dilakukan.

Selesai bermaaf-maafan, seterusnya ialah aktiviti bergambar. Semasa bergambar, banyak pula karenah Azfar dan Azwar. Susah pula hendak bergambar, mungkin kerana 'mood' pagi. Injin mereka belum panas dan sebab itu 'mood' kurang baik.

Aktiviti pagi ini hanya berada di rumah mertua. Kami belum keluar ke rumah sedara lain kerana menunggu solat Jumaat. Ikuti aktiviti kami selepas Solat Jumaat iaitu pergi beraya dalam 'entry' seterusnya.

Galeri gambar:
Sebelum ke masjid
Azfar dan Azwar tidak boleh ikut ke masjid
Sarapan pagi di rumah nenek
Senyuman di pagi raya
Bersalam dengan Atuk
Bersalam dengan Nenek
Ciuman Aidilfitri
Duit raya kepada anak saudara
Azfar membelek duit raya yang diterima
Atuk memberikan duit raya
Sesi begambar bersama adik beradik dan anak-anak
Sesi bergambar keluarga - masih tiada 1 keluarga
Sesi bergambar kelurga Sop
Senyum, 1, 2 3.. snap!!
Bersama isteri tersayang
Kami datang beraya.. huhuhu
Previous
Next Post »