Buffered Earning (BE) sebagai duit raya Nuffnang


Setelah sekian lama tidak mendapat Buffered Earning (BE) dari Nuffnang, akhirnya blog RH menerima 1 BE. Mungkin rezeki raya sebab Sop mula perasan iklan F1 Singapore mula melekat selepas raya. Lagi pun Sop agak jarang untuk menjenguk akaun Nuffnang. Jadi tidak kesah sangat sama ada dapat BE atau tidak.

Memang seronok dapat BE ini sebab iklan selalu keluar. Oleh itu, dalam masa yang singkat sahaja pendapatan boleh meningkat.

Namun begitu, jika kita sangat berharap untuk dapat BE tetapi tidak dapat, kita juga yang kecewa. Oleh itu, adalah baik fokus kepada entry kerana nadi utama blog ialah entry. Jika menerima BE, anggap ia sebagai bonus, jika tidak dapat masih ada iklan yang menanti. :)

Semoga selepas ini, BE akan terus berkenan di blog RH. Amin.. :)
Previous
Next Post »