Berbuka di Jom Priok & Sedap Deli

Sempena hari kelahiran Sop, kami hari ini berbuka di Restoran Jom Priok & Sedap Deli yang terletak di Carrefour Wangsa Maju. Restoran ini baru sahaja dibuka pada awal Ramadan tahun ini. Ini adalah kali pertama kami singgah menjamu selera di restoran ini. Terima kasih kepada Mama kerana sudi belanja.

Tempahan meja telah dibuat seawal 4.00 petang dan itu bernasib baik kerana ada yang membatalkan tempahan pada peringkat akhir. Sekiranya tidak, pasti kami tidak dapat merasa menu berbuka di Restoran Jom Priok & Sedap Deli. Diakhir-akhir Ramadan, ramai yang berbuka diluar bersama keluarga, sanak-saudara atau rakan-rakan. Oleh itu, jika ingin berbuka di luar, pastikan membuat tempahan awal. :)

Restoran Jom Priok & Sedap Deli ini menyediakan set buffet dan juga ala cart. Harga untuk buffet ialah RM33.00 seorang dan kanak-kanak bawah 6 tahun adalah percuma. Azfar dan Azwar boleh makan percuma! Untuk buffet, menu yang disediakan ialah set steamboat, nasi goreng, dim sum, bubur, kuih, ais cream dan buah. Walaupun menu tidak sebanyak restoran besar atau hotel tetapi cukup untuk berbuka puasa.

Galeri gambar:

Previous
Next Post »