21 September 2010

Azfar dan Azwar di Taman Permainan KLCC

Aktiviti keluarga dihari minggu iaitu membawa anak-anak bermain di Taman Permainan KLCC. Disamping itu, Sop berusaha untuk mengeluarkan peluh untuk mengurangkan rasa demam. Jika diikutkan demam, makin lemah badan. Oleh itu bila berada di taman, boleh juga menghirup udara segar serta juga boleh mengeluarkan peluh semasa mengejar Azfar dan Azwar di taman tersebut.


Taman Permainan KLCC ini sangat luas dan terdapat banyak alat permainan yang disediakan. Azfar dan Azwar puas berlari ke sana sini untuk mencuba semua alat permainan tersebut.

Tips semasa berada di Taman Permainan:
  1. Sentiasa mengawasi anak anda
  2. Jangan biarkan anak anda membuat aksi berbahaya seperti memanjat, melompat dan sebagainya
  3. Jangan membuang sampah merata-rata
  4. Ajar anak berkongsi dengan pengunjung lain
  5. Jangan merosakkan alat permainan
  6. Sentiasa memakai kasut atau selipar
  7. Sediakan minuman untuk menghilangkan dahaga
Galeri gambar:


EmoticonEmoticon