25 September 2010

5 tips mendapat traffic dari laman forum

Tips ini berkaitan dengan penulisan Zulkbo tentang 'meningkatkan traffic' melalui ruangan forum. Beliau ada menyatakan contoh forum-forum beliau sertai dan bagaimana traffic diprolehi dari forum tersebut.

Sebelum ini, Sop ada menyatakan bagaimana mendapat mendapat pelawat yang berpotensi klik iklan anda. Pelawat-pelawat dari ruang forum adalah salah satu daripadanya.

Forum mampu memberi traffic yang baik jika dilakukan dengan betul. Sop pernah jumpa terdapat forumer yang sanggup menyewa ruang 'signature' forumer untuk mempromosi produk. Ini menunjukkan ruangan forum yang aktif sangat baik untuk tujuan promosi samasa untuk blog atau produk anda.

Berikut tips boleh membantu untuk mendapatkan traffic dari ruangan forum:

  • Memasang signature - Signature atau tandatangan yang berada setiap post forum boleh dimasukkan di ruangan setting profile anda. Signature boleh berbentuk teks atau banner. Pastikan anda membina signature yang menarik dan jelas. 
  • Menjadi ahli aktif - apabila anda aktif berforum, lebih banyak signature anda akan dipaparkan. Setiap topik yang popular memberikan lebih banyak lawatan oleh pembaca dan ia memberi lebih banyak peluang untuk signature anda untuk dilihat dan dilawati.
  • Mengikut etika forum - setiap forum telah ditetapkan etika atau peraturan oleh pihak admin atau moderator. Ikuti etika yang ditetapkan seperti tidak melakukan SPAM, melanggar undang-undang dan sebagainya.
  • Memperkenalkan diri - kebanyakkan forum menyediakan ruangan untuk ahli memperkenalkan diri dan sambil berkenal-kenalan. Perkenalkan diri anda secara terbaik dan menarik. Ketika itu, anda boleh menceritakan sedikit tentang blog anda.
  • Menjadi ahli friendly - pastikan anda sentiasa berkongsi maklumat dengan forumer yang lain. Sekiranya terdapat pertanyaan atau bantuan, jangan lokek untuk berkongsi. Pastikan maklumat tepat dan sesuai. Sekiranya anda perlukan maklumat, bertanya secara sopan dan sentiasa mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu. Guna ayat-ayat yang baik dan sopan. Bahasa jiwa Bangsa.
Untuk menyertai semua ruangan forum adalah mustahil. Oleh itu, pastikan anda aktif diruangan forum yang mempunyai ramai ahli dan pelawat. Berforum juga sangat baik untuk menambah pengetahuan dan berkomuniti. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari berforum ini.


EmoticonEmoticon