24 September 2010

4 tips mendapat traffic dari berita semasa

Mendapatkan traffic daripada berita semasa memberi pulangan traffic yang baik. Ramai bloggers menggunakan teknik ini kerana setiap berita semasa yang sedang hangat diperkatakan akan dicari oleh ramai pengguna internet. Namun begitu, apabila terlalu ramai yang menggunakan teknik ini, persaingan menjadi sangat tinggi. Tips-tips berikut mungkin boleh membantu untuk anda mendapat traffik dari berita semasa tersebut:

  1. Membuat entry seawal yang mungkin. Apabila entry yang dibuat awal, injin pencari akan mengesan entry kita lebih awal dan peluang keputusan carian juga lebih tinggi. Pelawat juga masih belum membaca berita tersebut dan tertarik untuk membacanya.
  2. Mempunyai blog mesra SEO. Peranan SEO dalam pencarian adalah penting untuk memamparkan keputusan cari di halaman teratas. Kebiasaan blog baru agak akan ketinggalan dari segi SEO. Blog-blog otai mempunyai banyak backlink, mesra SEO serta pelawat menjadikan entry tersebut mudah dikesan oleh injin pencari.
  3. Mengolah tajuk dan entry menjadi lebih menarik dan berkesan. Ramai yang hanya salin dan tampal (copy & paste) dari berita-berita online. Cara ini bukan sahaja menjadikan tajuk dan entry sama malah mewujudkan 'duplicate data' dalam injin pencari. Bina atau ubah tajuk supaya lebih menarik dan menepati 'keyword' carian. Buat huraian peribadi dan memasukkan dokumen tambahan sangat membantu menjadikan entry anda lebih menarik seperti gambar, dokumen, video dan sebagainya yang dirasakan sesuai.
  4. Membuat ping entry dan kongsi di laman sosial. Adalah penting membuat ping entry di laman-laman ping dan membuat perkongsian di laman sosial atau socialbookmark seperti twitter, facebook, Digg, StumbleUpon, Technorati dan lain-lain. Promosi melalui blogwalking juga sangat membantu. Ia bukan sahaja menambah traffic tetapi juga menaikkan SEO entry anda.
Berita semasa yang hangat sangat gemar dicari dan dibaca. Guna peluang ini untuk mendapatkan traffic ke blog anda. Tetapi harus pastikan, jangan sampai blog anda menjadi blog berita pula kerana terlalu mengejar traffik. Pastikan ia sesuai dengan tema blog anda. Contoh jika blog tema komputer, tetapi entry berkaitan ke pembunuhan, rompakan, ia akan agak janggal. 

Tips-tips lain mungkin boleh ditambah oleh rakan-rakan blogger lain?


EmoticonEmoticon