22 August 2010

Window shopping ke Uptown Setiawangsa

Ini adalah kali pertama Sop dan keluarga melawat tapak jualan larut malam Setiawangsa. Uptown ini telah dibuka dalam beberapa bulan. Kebetulan malam tadi kami balik dari rumah mertua agak lewat, jadi kami bertolak ke Setiawangsa dalam jam 12.00 malam.

Semasa tiba di sana, kami terpaksa berpusing 2 kali kawasan tersebut untuk mencari tempat letak kereta. Kawasan yang agak sempit dan banyak kedai makan di situ menyukarkan untuk mendapat parking. Akhirnya kami berasib baik kerana mendapat parking yang berhampiran dengan pasar larut malam tersebut.

Apa yang ada di Uptown Setiawangsa?
Seperti pasar larut malam yang lain, ia menjual pelbagai jenis barang seperti pakaian, kasut, minyak wangi, makanan, permainan, hiasan, beg, tudung dan sebagainya. Namun begitu, ia tidak sebanyak di Uptown Danau Kota yang lebih meriah dengan pelawat dan juga barang jualan.

Di sini, pengunjung tidak telalu ramai dan selesa untuk berjalan. Kebanyakkan barang yang dijual ialah pakaian.

Setelah satu pusingan pasar larut malam tersebut dijenguk, kami putuskan untuk pulang. Kami hanya membeli kopiah untuk Azfar dan Azwar yang berharga RM5 satu.

Galeri gambar:


EmoticonEmoticon