18 August 2010

Tips menjual ruang iklan persendirian

Setiap blog berpeluang menambah pendapatan dengan menyediakan ruang untuk pengiklanan secara persendirian. Kebiasaan kita menggunakan perkhidmatan syarikat seperti Nuffnang, Mangga, Innity dan sebagainya untuk memamparkan iklan. Kebiasan syarikat pengiklanan menawarkan bayaran berdasarkan perklik atau page impression.

Anda juga boleh menjual ruang tersebut terus kepada para pengiklan. Cara ini telah banyak dilaksanakan oleh ramai bloggers. Berdasarkan aktiviti 'blogwalking", Sop terjumpa dengan banyak blog yang berjaya dan juga tidak menjual ruang iklan ini. Blog Riwayat Hariku masih belum menyediakan ruangan iklan persendirian kerana masih menunggu Ranking Alexa di bawah 200,000. Selepas itu, mungkin ruang tersebut akan diadakan di sini [ada yang berminat?].

Berikut tips-tips yang boleh membantu memastikan anda berjaya dalam menjual ruang iklan persendirian:

  • Memastikan traffic anda memuaskan. Pengiklan akan mensasarkan blog yang mempunyai traffic yang tinggi. Kebiasaan harga jualan juga bergantung kepada jumlah traffic blog.
  • Menyediakan ruang dan tempat iklan yang sesuai. Pengiklan akan mencari tempat atau ruang yang strategik supaya iklannya sentiasa kelihatan dan diklik. Harga setiap ruang dan tempat iklan juga boleh dibezakan.
  • Menyediakan pelbagai jenis format iklan seperti banner, link atau teks
  • Format harga juga dipelbagaikan seperti sewaan bulanan, berdasarkan impression, per klik dan sebagainya. Pengiklan akan lebih bebas membuat pilihan
  • Harga yang sesuai dan berpatutan. Kebiasaan pengiklan seperti ini tidak mempunyai baget yang besar untuk mengiklan di syarikat pengiklanan.
  • Membuat laporan prestasi blog anda untuk menyakinkan pengiklan untuk membeli ruang iklan. Contohnya jumlah traffic, sejarah pengiklan telah menyewa, review oleh penyewa ruang iklan dan sebagainya.
  • Membuat promosi ruang sewaan iklan anda di blog, laman web atau forum yang bersesuaian. Peniaga atau usahawan internet ini akan sentiasa melawat laman web atau forum ini akan mencari peluang untuk memasarkan pernigaan mereka. Contoh forum pengiklanan, forum pendapatan internet, forum webmaster atau sebagainya.
  • Memberi promosi atau kelebihan-kelebihan kepada pengiklan untuk mencuba sewaan ruang iklan blog anda seperti free produk review, cubaan 7 hari, free gift dan sebagainya.
  • Memberi perkhidmatan yang terbaik. Segala pertanyaan perlu dijawab segera. Setiap masalah perlu diselesaikan.
  • Mempunyai had dan jumlah iklan di blog supaya blog anda tidak kelihatan seperti sebuah papan iklan. Iklan yang terlalu banyak bukan sahaja merosakkan pandangan blog tetapi juga menjadikan blog lebih berat untuk load.
Pengiklanan sewaan iklan ini mampu menambah pendapatan anda jika dilakukan dengan sebaiknya. Namun begitu, perlu diingatkan supaya sentiasa menyusun iklan dan diletakkan tempat yang sesuai. Iklan-iklan yang disusun menarik mampu menjadikan blog anda menarik. Semoga berjaya!

Penulisan ini hanya berdasarkan pengetahuan sendiri. Anda mempunyai maklumat tambahan?


EmoticonEmoticon