14 August 2010

Tips mendapat traffic dari GengBlogger

GengBlogger komuniti yang tidak asing lagi oleh blogger Malaysia. Masing-masing akan membuat "ping entry" di GengBlogger untuk mendapat traffic. Namun begitu, adakah anda mendapat traffic sepenuhnya dari laman GengBlogger?

Berikut adalah beberapa tips untuk membantu mendapatkan traffic dari GengBlogger secara maksimum:

  • Pastikan setiap entry baru blog di"ping" di GengBlogger
  • Menggunakan tajuk yang boleh menarik pembaca untuk melawat entry anda
  • Memastikan intro (ayat pertama) menarik kerana apabila di"ping", hanya 2 baris ayat akan dipaparkan
  • Memasukkan gambar berkaitan dalam entry kerana GengBlogger akan memamparkan gambar pertama dalam entry tersebut
  • Menggunakan link entry GengBlogger untuk promosi entry bagi mendapatkan status entry popular di GengBlogger
  • Menyertai ruangan forum GengBlogger dan memberi topik serta pandangan yang bernas. Setiap entry forum akan memaparkan "ping" blog anda
  • Membuat cacatan kepada profil ahli GengBlogger. Bukan sahaja mendapat status profil popular tetapi juga traffic ke blog anda melalui link yang dipaparkan seperti link ping anda, penulisan popular dan lain-lain lagi
  • Membuat "ping" entry yang berkaitan dengan dunia blog seperti pendapatan, traffic, pengiklanan, tips dan sebagainya. Ini kerana semua pelawat di GengBlogger adalah bloggers. Contohnya entry mengenai Nuffnang, analisis traffic, tips blogging dan lain-lain pasti ramai pelawat dari GengBloggers.
Tips berikut adalah pandangan peribadi Sop sahaja. Sekiranya terkurang atau tersilap, mohon diperbetulkan. Penulisan sekadar berkongsi pendapat.


EmoticonEmoticon