Semak jika ada pengguna lain buka emel anda?

Mungkin anda ingin menyemak sama ada orang lain membuka akaun emel anda kerana bimbang ada yang mencuri baca emel anda.
Tetapi bagaimana hendak tahu samada orang curi-curi membacanya?

Anda boleh menggunakan kemudahan yang disediakan oleh SpyPig.com [nama tak best la bagi orang Islam]. Lupakan pasal nama, kita lihat bagaimana sistem laman web ini berfungsi.



Lawat web SpyPig.com, isi borang pengesanan yang disediakan. Salin dan tampal imej pengesan yang telah diaktifkan dari borang tadi ke dalam emel anda. Hantar emel tersebut kepada alamat emel sendiri. Apabila sesiapa membuka emel tersebut, notis akan dihantar kepada anda.

Pengesanan ini juga boleh diguna sebagai pengesahan yang emel anda hantar kepada orang lain telah dibuka/baca.

Selamat mencuba..


Nota kaki: Kenapalah dia guna nama tu? Tak ada nama yang best sket? huhuhuhu
Previous
Next Post »