Ronda-ronda pasar Jalan Tuanku Abdul Rahman

Selesai dari berbuka di Restoran Secret Recipe, kami seterusnya ke pasar Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) untuk mencari baju melayu Raihan untuk Azfar dan Azwar. Alang-alang datang ke sini, terus mencari apa yang patut. Bukan senang untuk datang ke Jalan TAR lagi! Kenapa?

Kesesakan lalulintas - traffic jam dimana-mana tetapi di Jalan TAR paling teruk! Sepanjang jalan dari Jalan Chow Kit, Jalan Raja Laut, Jalan Bonus dan lain-lain lagi..
Parking mahal - bukan sahaja mahal malah sukar pula itu. Jika hari minggu, kebanyakkan parking adalah penuh! Mungkin perlu parking lebih jauh.. Parking sebelah ODEON dah RM10 per entry? huhuhu

Pasar Jalan TAR seperti tahun-tahun sebelumnya akan menjual pelbagai jenis barangan untuk musim perayaan. Paling banyak kelihatan ialah baju kurung dan baju melayu. Antara barangan lain yang dijual ialah kasut, t-shirt, tudung, keronsang, kuih, dan sebagainya.

kalau boleh nak cam nih!

Sepanjang perjalanan kami ialah fokus kepada baju Raihan kanak-kanak. Malangnya tiada satu pun yang kami jumpa. Pasaraya Maidyn juga dijenguk, pun juga tiada. Jika baju melayu kanak-kanak menang banyak!

Galeri gambar:



Previous
Next Post »