Rekreasi di Tasik Setapak Jaya

Walaupun Tasik Setapak Jaya di sebelah rumah Sop tetapi sangat jarang untuk singgah. Kebiasaan hanya lalu dan lihat ramai pengunjung yang beriadah seperti jogging, bermain batminton, bola, dating, lepak dan memancing. Sejarah Sop, hanya beberapa kali sahaja berjogging di sini. Mungkin terlalu dekat, itu yang menyukarkan untuk beriadah di sini [kurang syok!! huhuhuu]

Petang tadi, Sop bersama dua hero kesayangan [Azfar dan Azwar] turun ke Tasik untuk beriadah. Berbekalkan sebiji bola, kami mula mengeluarkan peluh! Apabila bermain bola bersama kanak-kanak 4 tahun dan 3 tahun, memang sukar kerana semua pakai belasah. Tetapi itu tidak penting, janji boleh keluarkan sedikit peluh dan bergembiran bersama keluarga.

Galeri gambar:
Previous
Next Post »