14 August 2010

Refleksi puasa - hari ketiga

Salam sejahtera rakan-rakan pembaca, terima kasih kerana membaca entry ini.

Mengenai refleksi puasa hari ketiga, semua berjalan lancar dari puasa hingga ke berbuka. Perjalanan seperti hari-hari sebelumnya.

Dibulan puasa, aktiviti dan tugasan adalah berkurangan dan oleh sebab itu banyak berada di pejabat. Apabila banyak duduk, mata mudah mengantuk..:)

Semasa solat Jumaat, cabaran mata amat kuat, beberapa kali Sop hampir hanyut semasa khutbah dibacakan. Namun begitu, khutbah spontan oleh iman masjid ISTAC sangat menarik perhatian dan dapat mengelak terus hanyut..:)

Hari ini, badan terasa agak lemah seperti permulaan hendak demam. Tekak agak sakit! Balik kerja tadi redah hujan pula. Selepas berbuka, Sop telah makan panadol dan tidur selepas solat Magrib. Malam ini, terawih terbang! Ruginyer... Harap malam esok boleh kembali ke masjid untuk terawih..:)

Rumusannya, pastikan anda sentiasa sihat untuk terus beribadat dibulan puasa ini. Banyakkan minum air putih semasa berbuka dan sahur untuk memastikan badan menerima air yang secukupnya. Makan juga perlu seimbang dan jangan makan berlebihan.


EmoticonEmoticon