Photoshop online - edit gambar secara talian

Dengan kemudahan photoshop online, anda tidak perlu lagi memasang perisian photoshop di komputer anda. Cuma pastikan anda mempunyai talian internet untuk menggunakannya kerana anda hanya perlu lawati laman webnya untuk menggunakannya.

Ini terjadi kepada Sop apabila selesai membuat format komputer dan belum memasang perisian photoshop. Oleh itu, Sop terpaksa menggunakan photoshop online yang disediakan oleh laman web pixlr.com. Contoh header blog ini dibuat menggunakan aplikasi talian ini.

Fungsi program ini hampir sama dengan photoshop offline. Namun begitu ia agak kurang sedikit dengan photoshop offline dari segi ciri-ciri istimewa. Sekiranya untuk membuat pengubahan gambar secara medium, photoshop online tiada masalah untuk digunakan.

Program photoshop online juga ringan dan cepat untuk dipaparkan semasa membuka laman webnya. Ini tidak membebankan pengguna untuk setiap kali menggunanya. 

Setakat ini, Sop sangat berpuas hati dengan photoshop online ini. Untuk maklumat lanjut, sila lawati pixlr.com.

Galeri gambar:
Paparan lebih kurang sama dengan photoshop. Boleh bina fail baru, open file dari komputer atau dari URL
Proses mengubah fail tiada masalah menggunakan tools dan layer
Boleh membuka beberapa fail dan terus membuat salinan dari mana-mana fail. Ciri-ciri istimewa seperti effect, later, tools sama dengan photoshop offline
Semasa penyimpanan, saiz gambar, kualiti dan format boleh dipilih oleh pengguna
Fail siap boleh disimpan terus ke kemoputer

Previous
Next Post »