Percutian ke Johor [bahagian 3]

Petikan bahagian 2:
[...Pada malam tersebut, pengunjung tidak ramai melawati taman tersebut mungkin kerana hari Jumaat atau sememangnya tidak ramai pengunjung. Kami melawat ke semua kawasan taman tema dan kemudian kembali ke Danga Bay Festive Street Mall. Selepas makan malam tadi, kami tidak sempat untuk melawat kedai jualan di Danga Bay Festive Street Mall tersebut. Azfar dan Azwar sempat bermain motor elektrik yang terdapat di situ...]


Hari seterusnya percutian kami di Johor ialah bermula dengan melawat Singapura. Semalam selepas daftar masuk ke Tune Hotel, kami singgah ke kaunter 'shutter bus' ke Singapura untuk membeli tiket ke Singapura. Perkhidmatan ini disediakan oleh Syarikat Odyssey yang mana kaunter terletak di bawah Tune Hotel. Bas yang membawa kami juga akan datang ke Tune Hotel. Tiket untuk seorang dewasa pergi balik ialah RM 24 sahaja. Bas sangat selesa dan juga disediakan 'monitor' setiap kerusi membolehkan penumpang menonton filem atau bermain game. Aku sangat lega kerana tidak risaukan Azfar dan Azwar kebosanan sepanjang perjalanan. Tiket perjalanan yang diambil ialah jam 10.00 pagi.


Setelah perjalanan selama 1 jam, akhirnya kami tiba di Pulau Sentosa, Singapura. Pada hari ini, tiket untuk masuk ke Universal Studio telah habis dan kami bercadang untuk melawat sekitar Pulau Sentosa serta pusat Bandar Singapura. Kami melawat ke beberapa kawasan di sekitar Pulau Sentosa sahaja. Ini kerana kawasannya sangat luas dan tidak mampu untuk kami lawati keseluruhannya. Kami terpaksa menggunakan monorail untuk ke beberapa stesyen untuk mempercepatkan perjalanan.


Seterusnya pada tengah hari, kami ke Vivo City untuk makan tengah hari. Kedai yang kami singgah ialah The Chicken Rice Shop. Adalah mudah untuk membuat pesanan kerana menunya adalah sama seperti Malaysia. Terdapat banyak kedai dan restoran di Vivo City tetapi kami tidak singgah lama kerana ingin meneruskan perjalanan ke Chinatown, Singapura. Oleh itu, dari Vivo City, kami menggunakan MRT untuk ke sana.


Setibanya di Chinatown, kami sempat singgah ke beberapa kedai. Ia tidak ubah seperti Petaling Street di Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual dan barangan cenderamata yang paling banyak kelihatan. Kebanyakkan pelawat yang datang ke sini adalah pelancong.


Ikuti bahagian 4 perjalanan kami ke The Merlian Park.


Terima kasih kerana sudi membaca entry ini.


Galeri gambar:

Previous
Next Post »