08 August 2010

Percutian ke Johor [bahagian 1]

Seperti entry sebelum ini, entry percutian kami ke Johor akan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Entry ini akan menyentuh perjalanan kami dan aktiviti hari pertama.

Sebenar percutian ini tidak dirancang dan idea terkeluar pada hari Selasa untuk ke Johor. Ia semperna menyambut ulang tahun kelahiran Mama dan juga menyambut Ramadan yang tidak lama lagi.

Perjalanan bermula pada hari Jumaat pagi. Kami keluar dari rumah jam 10.00 pagi dan singgah bersarapan di NZ Curry House. Perjalanan kami berjalan lancar ke Johor dan traffic sangat lancar. Sepanjang perjalanan, kami singgah ke beberapa hentian di lebuh raya.

Setelah 4 jam perjalanan, kami akhirnya sampai ke hotel penginapan kami iaitu Tune Hotel.com yang terletak di Danga Bay, Johor Bahru. Kami bernasib baik kerana walaupun membuat tempahan dalam masa terdekat tetapi masih mendapat harga yang rendah. Kos untuk 2 hari 2 malam ialah RM 140.00 sahaja (aircond 24jam + TV 24 jam). Jika hendak murah lagi, sila buat tempahan lagi awal + masa promosi.. huhuhu..

Ini adalah kali kedua kami menginap di Tune Hotel. Yang pertama ialah di Tune Hotel Kucing semasa percutian kami tahun lepas. Tune Hotel sangat sesuai untuk dijadikan persinggahan atau penginapan bagi mereka yang ringkas dan penuh dengan aktiviti. Ini kerana kemudahan yang terdapat di sini sangat asas sahaja.

Petang tersebut, kami hanya berehat di bilik sambil menonton TV rancangan Star Movie. Sop sempat melelapkan mata seketika untuk melepaskan penat memandu.

Ikuti aktiviti malam kami di Danga Bay di bahagian 2. Terima kasih kerana sudi membaca 'entry' ini.

Galeri gambar:


EmoticonEmoticon