Pengalaman pertama buat Sand Art

Ini adalah kali pertama Azfar dan Azwar membuat sand art. Sebelum ini selalu singgah tetapi aku tidak yakin lagi untuk memberikan pengalaman tersebut kepada kedua heroku ini. Aku merasakan terlalu kecil untuk membuatnya dan pengalaman tersebut tidak bermakna.

Malam ini, semasa di Jaya Jusco Setiawangsa, tibalah masanya untuk mencuba kemahiran Azfar dan Azwar. Azfar nampaknya telah memahami sedikit cara-cara untuk membuatnya walaupun dibantu sedikit sebanyak untuk membuatnya. Azfar mula tahu untuk menyusun dan memilih warna dan dimasukkan ke dalam ruang yang disediakan.

Namun begitu, Azwar, masih dengan sifat untuk bermain dan langsung tidak fokus. Umur 3 tahun masih tidak sesuai untuk membuatnya. Ia boleh dijadikan sebagai untuk memberi pendedahan. Azwar perlu diberi perhatian dan pertolongan sepenuhnya. Jika tidak, rasanya sand art tersebut akan menjadi rojak pula.. huhuhuh

Setelah hampir 20 minit, usaha Azfar dan Azwar siap! Azfar hampir 80% adalah usaha sendiri manakala Azwar pula 80% hasil bantuan aku.. huhuhu!

Galeri gambar:
Previous
Next Post »