Mencuri traffic! Adakah ia salah?

Mencuri traffic atau juga dikenali menumpang traffic dari laman blog yang popular antara salah satu cara untuk mendapat traffic. Adakah ia salah?

Mesti semua menjawap tidak salah kan? Jika ada yang berpendapat salah, sila beri penjelasan kenapa yer..! huhuhu...

Mencuri traffic boleh dilakukan dipelbagai tempat seperti shoutbox, komen, link exchange, forum dan lain-lain lagi. Ia merujuk kepada menumpang traffic dari blog/web yang popular untuk memampar link blog kita. Dengan jumlah pelawat yang tinggi, kita mampu menarik perhatian pelawat tersebut ke blog kita dengan cara yang betul.

Berikut cara yang boleh digunakan untuk mencuri traffic:

  • Memamparkan mesej yang menarik dan sesuai di shoutbox. Contohnya : [tips terbaru mencuri traffic di blog saya, jom terjah!]
  • Memberi ulasan yang baik dan membina di ruangan komen. Sop sukakan sistem komen blog yang boleh feed post terkini blog. Ia membantu mencuri traffic dari entry tersebut.
  • Link entry ke blog anda. Terdapat blog yang membenarkan "link to this post" dalam entry. Dengan membuat entry berkaitan entry tersebut, link blog anda akan dipaparkan di entry tersebut dan ia sumber traffic.
  • Meletakkan link blog atau banner blog di footer forum (signature). Ia membantu mencuri traffic dari topic forum. Pastikan anda membuat topic atau replay yang bagus. Jika hanya sekadar menghantar 'ringkas', ia boleh dianggap betul2 mencuri. Terdapat juga forum yang menggunakan live feed sebagai signature (GengBlogger). Ia sangat membantu mempromosi entry anda.
  • Minta link exchange dengan blog yang mempunyai traffic yang tinggi. Kebanyakkan banyak blog yang menyediakan link exchange ini. Terdapat blog yang tidak menyediakan link exchange tetapi menyediakan "ruang sewa iklan". Sekiranya harga berbaloi dengan traffic, apa salahnya melabur.
Terdapat banyak lagi tempat yang boleh dicuri traffic ini. Pastikan anda menggunakan cara yang betul.

Sekiranya terdapat maklumat tambahan, sudi-sudi tinggalkan di ruangan komen.
Previous
Next Post »