24 August 2010

Melentur buluh biar dari rebung

Semoga Azfar dan Azwar bila besar nanti boleh menjadi anak yang soleh. Kenapa?

Malam tadi, kesempatan menangkap gambar mereka sedang solat dengan lebih senonoh! Sebelum ini, apabila Sop solat, mereka suka ikut tetapi pakaian mana yang mereka pakai, itulah dibuat solat. Berbekalkan kopiah yang dibeli dari Bazar Larut Malam Setiawangsa, mereka nampak lebih sempurna untuk solat.

Sop belum lagi mengajar tertib solat, apa yang mereka buat adalah berdasarkan pemerhatian ke atas Sop solat. Dari pemerhatian, nampaklah mereka boleh mengikut sedikit sebanyak tentang solat. Secara keseluruhan, memang 25 % jer boleh pakai.. huhuhuh..

Pada peringkat awal Azfar dan Azwar mengikut Sop solat, memang agak teruk! Masing-masing sibuk bermain di belakang. Namun begitu, Sop bagi peluang dengan beri arahan supaya tidak membuat bising. Perkara ini terjadi apabila Azfar dan Azwar ada sekali. Bila mereka bersatu, memang sukar untuk dikawal.

Jika salah seorang sahaja yang ada, memang tiada masalah untuk mengikut arahan yang diberikan terutamanya Azfar. Sop juga turut membawa Azfar beberapa kali ke Masjid dan Surau. Beliau tiada masalah untuk duduk diam.

Galeri gambar:


EmoticonEmoticon