Lagu raya mula berkumandang

sumber gambar
Salam sejahtera dan selamat berpuasa!
Sedar tak sedar dah selesai 16 hari kita berpuasa! Seperti biasa, selepas 15 hari, radio mula memainkan lagu-lagu raya. Walaupun masih tidak terlalu kerap, tetapi sedikit sebanyak memberi mood untuk menyambut Syawal.

Kedengaran juga 'ringtone' telepon bimbit telah disetkan dengan lagu raya.

Sungguh kuat pengaruh lagu raya ini dalam kehidupan seharian!

Dengan mendengar lagu raya juga, ia boleh menyedarkan tentang persiapan untuk menyambut raya. Kaum hawa telah mula membuat kuih raya! Ramai juga yang telah mula shopping raya.. Esok dan seterusnya pasti lagi ramai yang keluar untuk bershopping! Maklum sahaja, gaji telah diterima dan berita gembira juga telah dimaklumkan.. huhuhu

Dalam membuat persiapan, diingatkan pada diri sendiri dan juga rakan-rakan agar sentiasa berjimat dan bersederhana.

Perancangan tentang balik kampung juga mula dibuat. Giliran tahun ini balik kemana? Kereta sudah diservis? Sudah pastikan lesen dan cukai jalan masih sah? Jangan sampai 'last minute' baru hendak bersedia, anda juga yang akan huru hara.. huhuhu..


Walaupun begitu banyak lagu raya, lagu lama tetap menjadi pujaan!
Previous
Next Post »