Kenapa Sop jarang ping blog kat IMCurtain.com?


IMCurtain.com salah satu laman web untuk bloggers membuat ping blog. Walaupun masih berstatus 'beta' tetapi telah ramai yang menjadi ahli dan membuat ping blog. Kelihatan bloggers otai juga turut selalu singgah membuat 'ping blog'. Kepada bloggers yang belum menjadi ahli, sila lawat www.imcurtain.com untuk mendaftar.

Menjawab kepada persoalan entry, Sop jarang membuat ping di IMCurtain.com kerana sistem ping yang kurang friendly pengguna. Jika hendak membuat ping, bloggers perlu memasukkan link URL entry, kemudian masukkan penerangan dan hantar semak serta hantar.

Step yang cukup panjang dan banyak dilakukan secara manual. Tidak seperti ping tempatan lain iaitu gengblogger.com dan blogged.my yang lebih friendly pengguna. Hanya log masuk dan boleh membuat ping jika terdapat artikel baru. Web secara automatik menyemak jika blog kita mempunyai entry baru dan sedia membuat ping.

Namun begitu, untuk memaksimumkan traffic, perlulah membuat ping dibanyak tempat. Ini kerana terdapat pengguna yang hanya menggunakan IMCurtain.com sahaja atau gengblogger sahaja.

Maklumat lanjut, sila lawat IMCurtain.com.
Previous
Next Post »