11 August 2010

Jom urut kaki dengan anak ikan

Anda pernah mengurut kaki menggunakan anak ikan? Kalau belum, anda telah terlepas peluang menikmati pengalaman baru dengan mengurut kaki menggunakan ikan.

Sebelum ini, Sop pernah mengurut menggunakan ikan tetapi lebih besar iaitu ketika di Sabah. Namun kali ini Sop melakukan aktiviti ini di Jaya Jusco Wangsa Maju. Cute Fish Spa yang dibuka di kaki lima tingkat 1 Jaya Jusco ini hanya RM 5 untuk 10 minit. Ia berbaloi untuk anda mencuba merasai gigitan anak-anak ikan ini. Bagi yang tidak tahan geli, pastikan anda tidak mencuba yer..sebab memang geli sesangat! huhuhu

Kelebihan mengurut ikan ini ialah:

  • memakan sel kulit mati
  • mengutil dengan cepat
  • melancarkan pengaliran darah
  • meninggalkan kulit yang sihat
Fakta ini Sop ambil dari kain rentang yang digantung.

Galeri gambar:


EmoticonEmoticon