29 August 2010

Jalan-jalan ke Uptown Danau Kota

Malam tadi, kami sekeluarga ke Pasar Larut Malam Danau Kota (Uptown Danau Kota) untuk mencari baju Melayu Raihan untuk Azfar dan Azwar. Perjalanan bermula jam 11.30 malam dari rumah mertua.

Sebelum sampai ke Uptown Danau Kota lagi, kemeriahan telah dirasai yang mana pengunjung berpusu-pusu untuk ke sana. Kesesakan trafik sangat teruk dan parking sangat susah untuk dicari. Oleh itu, kami terpaksa parking agak jauh dari pasar tersebut.

Tidak seperti Pasar Larut Malam Setiawangsa, Uptown Danau Kota sentiasa dipenuhi pengunjung. Namun, apabila dekat dengan Raya, pengunjung lebih ramai dari biasa. Untuk berjalan melihat barang jualan pun agak sukar!

Apa yang menarik tentang Uptown Danau Kota?
Kelebihan di sini ialah barang jualan yang pelbagai. Antaranya yang paling banyak ialah pakaian iaitu baju lelaki atau perempuan, kasut, barangan perhiasan, alat permainan, kasut atau selipar dan sebagainya. Terdapat juga barangan lain seperti set perkhemahan, barangan penunggang, aksesori kereta, jam, khidmat urut orang buta dan lain-lain lagi. Pelbagai jenis barangan dan banyak pilihan menjadikan ramai pengunjung gemar untuk singgah ke sini.

Pengunjung bukan sahaja dari kalangan orang muda, malah pakcik dan makcik turut ramai datang ke sini. Sop jika tiada barang untuk dibeli atau cari, memang keberatan untuk datang! Lenguh kaki jika melawat semua gerai! huhuhu

Galeri gambar:


EmoticonEmoticon