16 August 2010

Iklan - Upah murah untuk Raya

Semalam selepas Terawih, melalui kawasan rumah dan terserempak dengan iklan yang ditampal tepi tangga. Sop ingin memuji sifat beliau yang cuba berusaha mendapatkan pendapatan sampingan denga kemahiran yang beliau ada dan masa yang sama beliau masih belajar.

Yang menjadikan Sop terharu ialah mencari pendapatan untuk persediaan raya. Bila terbaca ayat tersebut, teringat masa Sop mula sambung belajar dan belum menerima pinjaman. Balik kampung memang tidak beli baju raya dan pakai baju mana yang ada (pinjam dengan roommate sehelai). Habis raya baru dapat tahu, pinjaman masuk sehari sebelum raya! huhuhu..

Pengiklan ini Sop pun tidak kenal tetapi rasanya pelajar yang menyewa di kawasan rumah Sop. Oleh itu, kepada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan seperti yang ditawarkan beliau, sila rujuk gambar iklan. Moga menggunakan perkhidmatan beliau dapat memberi sedikit bantuan kepadanya untuk duit raya.


Iklan Kemasyarakatan ini ditaja oleh Riwayat Hariku untuk keperihatinan bersama.


EmoticonEmoticon