13 August 2010

Follower ke 400 Riwayat Hariku

Pertamanya, Sop ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjadi follower blog Riwayat Hariku. Setiap hari kelihatan jumlah "follower" semakin bertambah. Ini memberi semangat yang berkobar-kobar dalam dunia "blogger" ini. Kebanyakkan siapa yang 'follow' blog ini, Sop akan 'follow' kembali. Sekiranya ada yang tertinggal, mohon maklumakan kepada Sop yer..


Apa tujuan follow bagi Sop?
Kebiasaan, Sop akan meninjau blog yang diikuti melalui "Dashboard" laman blogspot. Sop akan melawat blog yang menarik perhatian Sop. Selain itu, jika tiada tempat untuk "blogwalking", senarai 'follower' akan diterjah terlebih dahulu.. :)

Entry ini berkaitan dengan permintaan pucheh07 yang menjadi follower ke 400. Walaupun tiada perjanjian atau peraduan yang dibuat, Sop menerima permintaan beliau untuk hadiah "follower" ke 400. [Mulanya nak bagi hadiah besar tetapi sebab dia panggil Sop "kak long" kenalah bagi hadiah kecil sahaja..huhuhu]
Buat masa ini, hadiah misteri ye sebab belum tahu hendak bagi apa. Terkejut juga nih! huhuhu..

Boleh ker pakai mintak hadiah cam tu? Kalau semua mintak, habis pokai Sop cam nih! Kalau kes-kes "special" seperti ini, mungkin boleh dipertimbangkan?
Boleh kot... :)


EmoticonEmoticon