12 August 2010

Cek kedua dari Nuffnang

Salam sejahtera semua, moga sentiasa dalam keadaan sihat selalu.


Minggu ini ramai blogger yang membuat entry tentang cek Nuffnang yang diterima. Ini kerana minggu lepas ramai yang telah menerima cek Nuffnang jika membuat cash out bulan lepas. Sop juga antara yang menerima cek Nuffnang tersebut. Walaupun hasil tidak seberapa tetapi ia mampu membakar semangat untuk meneruskan menulis blog. Diharap rakan-rakan yang belum lagi menerima cek Nuffnang harap bersabar dan terus berusaha kerana usaha tangga kejayaan.


Cek ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi hanya sekadar berkongi. Jumlah tidak dipadam kerana mungkin ramai yang hendak tahu berapa jumlah cek kali ini. Tidak banyak, tetapi cukup untuk bayar kos minyak dan tol Percutian ke Johor minggu lepas.

Terima kasih atas sokongan rakan-rakan. Hasil ini adalah kerjasama anda semua. Semoga rakan-rakan akan terus juga membantu dan sokong Sop. Terima kasih sekali lagi...


EmoticonEmoticon