30 August 2010

Carian baju Melayu Raihan Azfar dan Azwar

Semasa di Jaya Jusco tadi, kami sempat ke pusat Jualan Baju Melayu untuk melihat jika terdapat baju melayu Raihan untuk Azfar dan Azwar. Malangnya hanya terdapat saiz 2 sahaja iaitu sesuai untuk Azwar. Cuba dipakai kepada Azfar, tetapi ia agak singkat!

Tema untuk tahun ini ialah warna biru dan ia menyukarkan untuk mencari. Seperti semalam di Uptown Danau Kota, terdapat jenis baju melayu yang cantik tetapi tiada warna biru. Kadang-kadang ada saiz untuk Azfar tetapi saiz untuk Azwar pula tiada. Ini menjadikan pencarian agak terhad.

Peluang terakhir akan dicuba ialah ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Mungkin boleh singgah ke kedai-kedai baju biasa. Jika terjumpa baju punjabi, boleh boleh juga dijadikan baju Raya :)

Galeri gambar:


EmoticonEmoticon