25 August 2010

Berbuka puasa di Secret Recipe, Sogo Kuala Lumpur

Salam sejahtera semua, puasa tak hari ini?

Hari ini, Sop dan keluarga ke Sogo untuk membeli sedikit baju basahan (pakai hari-hari) untuk Azfar dan Azwar. Sogo memang meriah dengan jualan murah semperna raya ini. Walaupun hari bekerja, pelanggan tetap juga ramai. Mungkin esok lagi ramai sebab ramai yang dah gaji.. huhuhuhu..

Pada asalnya bercadang hanya berbuka di 'food court' Sogo tetapi apabila melihat menu yang kurang menarik perhatian kami, idea bertukar untuk ke Restoran Insaf yang popular dengan nasi beriani. Malangnya kerana sudah lambat, restoran tersebut telah ditempah sepenuhnya. Tiada lagi meja kosong.

Oleh yang demikian, kami hanya sempat minum dahulu semasa azan Magrib. Kemudian, kami solat Magrib dahulu surau Sogo. Selesai solat, kami terus singgah ke Secret Recipe Sogo kerana masa tersebut, Azwat telah tidur. Di situ terdapat kerusi panjang yang boleh membaringkan Azwar.

Menu yang dipesan ialah makaroni dan nasi goreng. Azfar pula dibelikan kek. Kelihatan ramai lagi yang belum berbuka kerana semasa kami berbuka ada yang baru singgah untuk membuat pesanan makan. Mungkin mereka juga seangkatan dengan kami yang tidak sempat membuat tempahan meja.. huhuhu..

Selepas makan, kami singgah pula je pasar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Ikuti kisah tersebut dalam entry seterusnya.

Galeri gambar:

1 comment:

  1. Хороший у вас блог! удачи в развитии

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon