25 August 2010

Berbuka puasa di Restoran R&K, Setiawangsa

Selamat berpuasa kepada semua rakan yang beragama Islam. Apa menu berbuka hari ini?

Hari ini, Sop dan keluarga sekali lagi berbuka di luar iaitu di Restoran R&K yang terletak di Setiawangsa. Ia terletak disebelah stesyen LRT Setiwangsa. Jika melalui Jalan Jelatik, pasti anda akan dapat melihat papan tandanya yang berwarna hijau.

Restoran R&K ini buka sahaja bulan Ramadan Sop singgah, malah hari-hari biasa juga kami selalu makan malam. Menu special di restoran ini ialah Satey yang cukup manis dan sedap. Selain itu, masakan panas ala Thai sungguh menyelerakan.

Keunikan Restoran R&K adalah terletak pada dekorasi restoran iaitu menggunakan teknik tradisional dan antik. Semasa melangkah masuk, anda akan dapat melihat barang-barang antik yang dijadikan perhiasan. Suasana kedai juga terasa berada dalam sebuah restoran lama dan klasik.

Ruang solat juga disediakan yang boleh memuatkan 2 orang satu masa untuk memudahkan pelanggan solat Magrib.

Sekiranya anda belum mencubanya, apa kata singgah-singah ke Restoran R&K untuk menikmati pengalaman tersebut. Harga di restoran ini adalah berpatutan.

Galeri gambar:


EmoticonEmoticon