Berbuka puasa di Jaya Jusco, Wangsa Maju

Salam sejahtera semua..! Semoga semua sihat dan ceria selalu :)

Hari ini Sop sekeluarga berbuka di luar iaitu di Jaya Jusco Wangsa Maju. Lewat balik dari kerja menyebabkan tidak sempat untuk ke Pasar Ramadan dan membuat persiapan untuk berbuka. Oleh itu, kami bercadang untuk berbuka di kedai sahaja.

Hari ini kami kurang bernasib baik kerana semasa tiba di Jaya Jusco Wangsa Maju, kesemua restoran telah menampal "Full House".

Nasib baik tadi ada membawa bekal karipap yang diberikan oleh mertua, boleh juga buat alas perut dahulu. Pusing dan pusing, akhirnya terdapat kerusi di The Big Apple. Kebetulan donat Big Apple sememangnya kegemaran Azfar. Kami membeli 3 biji donat dan air untuk buat berbuka.

Selesai makan, kami ke surau terlebih dahulu dan selepas selesai solat Magrib, baru kami mencari menu yang menarik perhatian. Rupanya amat berbeza keinginan untuk makan selepas berhenti seketika. Puas juga berfikir, menu apa yang hendak dijamah, tetapi semua rasanya kurang berminat. Mungkin disebabkan perut telah diisi dengan karipap dan minuman tadi.

Namun kerana perut belum diisi dengan nasi, kami pun menjamu selera di Food Court Jaya Jusco. Menu pilihan ialah nasi Ayam dan Nasi goreng kampung special. Selesai makan, kami terus kembali ke rumah.

Galeri gambar:
Previous
Next Post »