29 August 2010

Berbuka di Surau Ar-Rahman, Setapak Jaya

Salam sejahtera kepada semua..
Semoga rakan sentiasa sihat dan sejahtera hendaknya.

Dimana anda berbuka hari ini?
Sop hari ini mendapat jemputan berbuka di Surau Ar-Rahman Setapak Jaya. Surau ini mengadakan majlis berbuka dan juga tazkirah Nuzul Al Quran. Tujuan majlis ini diadakan supaya merapatkan hubungan masyarakat setempat dan juga majlis penyampaian ilmu.

Makanan berbuka ini telah ditaja oleh DBKL. Persatuan penduduk di sini sentiasa mendapat tajaan DBKL kerana hubungan yang baik antara persatuan dan DBKL. Terima kasih diucapkan kepada DBKL yang begitu perihatin dengan aktiviti kemasyarakatan.

Menu semasa berbuka ialah kurma dan 2 jenis kuih. Hidangan nasi disediakan selepas solat Magrib. Juadah berbuka disediakan oleh pihak catering yang diupah oleh DBKL.

Tazkirah Nuzul Al Quran diberikan oleh Imam Masjid Abu Ubaidah Al Jarah, Setapak selepas selesai solat sunat Terawih.

Galeri gambar:


EmoticonEmoticon