Berbuka di Pizza Hut Jaya Jusco Setiawangsa

Salam semua rakan, terima kasih kerana sudi singgah membaca entry ini.

Di mana anda berbuka puasa hari ini?

Hari ini Sop dan keluarga kali pertama berbuka di luar rumah. Sebelum ini berbuka di rumah dan juga rumah mertua. Kebetulan tadi keluar ke Jaya Jusco Setiawangsa untuk mengantikan puting botol susu Azfar dan Azwar yang telah uzur.. Setelah pusing-pusing Jaya Jusco, akhirnya membuat keputusan untuk berbuka di Pizza Hut.

Setelah siap membuat tempahan meja, kami keluar ke pasar Ramadan yang berada di depan Jaya Jusco tersebut. Kami membeli beberapa jenis kuih untuk tambahan berbuka nanti.

Hari ini didapti ramai yang mula berbuka di luar. Restoran-restoran kelihatan penuh dengan pelanggan. Ada yang datang dengan keluarga serta rakan-rakan. Kemeriahan kelihatan apabila ada sesi bergambar bersama-sama sebelum berbuka untuk kenang-kenangan. Mungkin minggu depan, lebih ramai yang akan berbuka di luar.

Tips berbuka di luar:

  • membuat tempahan awal untuk mengelak dari ketiadaan meja
  • memilih restoran halal
  • memilih menu yang sesuai
  • baget yang sesuai dengan poket. 
  • restoran yang bersih dan selamat
  • membuat tempahan yang sederhana. jangan makan telalu kenyang yang melampau
  • membuat review dari internet atau pendapat rakan
  • menyediakan kemudahan surau atau masjid yang berhampiran.

Tips-tips tambahan lain mungkin rakan boleh bantu?

Galeri gambar:
Previous
Next Post »