30 August 2010

Berbuka di Food Court Jaya Jusco Setiawangsa

Hari ini kami sekali lagi ke Jaya Jusco Setiwangsa untuk membeli pakaian Raya. Kali ini bukan untuk Sop tetapi untuk ibubapa tercinta di kampung. Seperti biasa, setiap tahun Sop akan membeli pakaian Raya untuk mereka.

Semasa menelefon ayah bertanyakan tentang baju melayu, beliau memaklumkan baju melayu masih banyak dan jarang guna. Kebiasaan ke masjid memakai jubah sahaja. Oleh itu, beliau meminta membeli pakaian biasa untuk pakai harian. Untuk emak pula, Sop belikan baju kurung. Pada mulanya agak pening untuk memilih baju kurung kerana sekarang ini tengah popular dengan kain cotton. Bila dilhat banyak warna dan corak yang kurang sesuai dengan orang yang berumur. Jika telalu glemmer, susah pula emak Sop hendak memakainya. Akhirnya Sop beli baju kurung kain cotton Paris yang dijual di basar Aidilfitri ruang legar Jaya Jusco. Harga sangat berpatutan. Diharap emak Sop sukakanya :)

Kembali kepada menu berbuka di food court Jaya Juco. Pada mulanya mencuba mencari kedai-kedai yang teringin untuk berbuka malangnya semua telah 'Full House". Kebanyakkan restoran seperti Jonnys, Asam Pedas atau Madam Lims telah ditempah seawal 2.00 petang! Sop yang datang jam 5.00 petang memang tidak berkesempatan.

Menu berbuka hari ini ialah nasi goreng seafood petai. Menu yang selalu juga makan dihari biasa jika singgah ke Jaya Jusco Setiawangsa. Sebelum itu juga sempat singgah ke pasar Ramadan di depan Jaya Jusco untuk beli sedikit kuih sebagai tambahan.

Galeri gambar:


EmoticonEmoticon