Beli hand-phone baru ke tidak?

Bila musim perayaan, semua hendak baru! Bukan sahaja pakaian, peralatan rumah, kenderaan, gadjet dan sebagainya. Perkataan yang sesuai bagi menerangkan situasi berikut ialah "MEGA RAYA".. huhuhuu

Ada lagi orang beraya sakan dalam ekonomi sebegini?
Harap masyarakat sekarang mengamalkan berbelanja berhemah. Kesederhanaan dalam segala aspek adalah yang terbaik!

Kembali kepada tajuk entry "Beli hand-phone baru ke tidak?" merujuk kepada Sop sendiri sebenarnya..huhuhu. Baru sahaja kerajaan umun menerima 'duit raya RM500' mula mengada-ngada hendak menukar handphone. Boleh gitu?

Sejarah handphone Sop:
"Beli handphone SE P1i pada 2 tahun lepas sebelum raya Aidifitri daripada penjual di ruangan forum Lowyat. Handphone tersebut adalah jenis secondhand. Masa tu, Sop sangat tergila-gilakan handphone yang mempunyai WiFi dan touch screen. Sehingga sekarang, handphone ini masih setia dan tidak pernah memberi sebarang masalah. Cuma baru ini jatuh dan pen (stylo) dah patah dan housing telah bercalar-calar.
Sekarang ini Sop mula kembali menjenguk laman forum Lowyat untuk mencari handphone secondhand yang berkenan. Oleh kerana 'duit raya RM500', jadinya baget pun bawah RM500 juga. Hajat dihati ialah Iphone! huhuhu.. Untuk Iphone, dengan bajet yang dinyatakan hanya mampu memiliki Iphone 2G 4GB sahaja. Jika 2G 8GB paling murah boleh dapat ialah RM700.

Kenapa beli secondhand? Kenapa tidak beli baru?
Bagi yang suka bertukar-tukar handphone, beli telefon baru adalah merugikan. Setiap kali hendak jual atau trade in, harga pasti jatuh teruk. Jika secondhand kerugian tidak begitu ketara.

Harap-harap tak jadi Sop tukar handphone lain! Ini kerana sebelah diri kata perlu berjimat, manakala sebelah diri lagi  hendak beli! huhuhu.. Jika tidak jadi, ini bermakna Sop berjaya mengatasi kehendak diri!!

Susah juga nak lawan nih!! huhuhu
Previous
Next Post »