Baca Al Quran melalui komputer anda

Sebelum ini, Sop pernah lihat orang menggunakan perisian Al Quran elektronik ini tetapi tidak tahu dimana hendak mendapatkannya. Pagi tadi sekali lagi melihat Sektor Pendidikan Islam menggunakannya dan nasib baik terdapat alamat laman web pada halaman tersebut, boleh juga Sop terus merujuk laman web tersebut.


QuranFlash iaitu Al Quran maya atau elektronik yang membolehkan anda membaca di komputer melalui capaian internet atau juga offline. Untuk menggunakan semasa offline, anda perlu memuat turun dan memasang aplikasi QuranFlash pada komputer anda. Penggunaan perisian ini adalah percuma sama ada secara talian atau offline.

Selain itu, QuranFlash juga boleh dipasang pada telefon bimbit untuk memudahkan anda membaca dimana sahaja. Aplikasi ini dibina khas untuk telefon bimbit.Namun begitu perisian ini adalah berbayar.

Untuk maklumat lanjut atau muat turun, sila lawat http://quranflash.com
Previous
Next Post »