25 August 2010

Anugerah "My Unique Blog"


Anugerah ini diterima diserahkan oleh Ustaz Love dalam entry beliau. Anugerah ini telah diberikan oleh faree kepada Ustaz Love. Dengan besar hatinya beliau telah berkongsi dengan 5 rakan blogger yang lain dan dalam senarai tersebut, termasuk blog Riwayat Hariku (RH).


Petikan dari ulasan Ustaz Love mengenai blog RH:

2. Blog Sop : http://www.gnesop.com

Sop adalah satu2nya blogger yang Ustaz Love pernah bersua muka secara real... masa nak sampaikan hadiah perfume yang kotaknya dah lunyai tu... Nama beliau takde kaitan pun dgn perkataan 'sop' tu.. Cuma Ustaz Love mengesyaki ianya dieja terbalik... gnesop : poseng.. Blog beliau juga sangat informatif dan diolah dengan gaya bersahaja.. terutama bila beliau bercerita ttg Azfar dan Azwar.. nak tau sape tu? Kena la jenguk2 blog beliau... Tatak sombong punya olang... sangat peramah dan baik hati...
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Love atas pandangan ikhlas tersebut.


Seterusnya untuk memanjangkan anugerah ini, dengan ini Sop memilih blog Rumah 4 Tingkat (R4T). Pemilihan blog R4T adalah berdasarkan berikut:
Blog R4T dimiliki oleh Kie-yu iaitu seorang gadis yang sangat aktif dalam dunia blogging. Sop mula mengenali beliau di alam blog apabila beliau rajin meninggalkan komen. Boleh dikatakan setiap entry baru beliau akan terjah dan meninggalkan komen yang membina. Apabila sesi blogwalking, rupanya blog RH antara puluhan blog yang beliau lawat dan tinggalkan komen. Beliau amat jarang meninggalkan jejak di ruangan Shoutbox. Dari segi blog pula, banyak maklumat yang beliau kongsikan dari segi tutorial, tips, berita, pendapatan, pengiklanan dan banyak lagi. Design blog yang bersih dan warna lembut membuatkan pelawat tenang melawatnya. 


Untuk maklumat lanjut mengenai blog R4T, sila terjah blog beliau di alamat http://rumah4tingkat.blogspot.com


Seperti pesanan pemberi anugerah sebelum ini, sila kongsikan anugerah ini kepada blog yang anda rasakan unik. Banyak lagi blog yang unik Sop temui tetapi tidak kesempatan untuk membuat ulasan yang lebih banyak.


EmoticonEmoticon