28 August 2010

Anugerah "Friendly Blogger Award"


Sebelum ini, anugerah Sop terima ialah "My Unique Blog" dan seterusnya anugerah diterima ialah Anugerah "Blogger Friendly Award" yang dikongsi oleh CgMas kepada Sop!
Terima kasih kepada CgMas yang sudi memilih Sop salah seorang yang menerima sambungan award tersebut.

Bagi Sop, setiap blogger mempunyai sifat kekawanan/kerakanan kerana ia boleh memberi kepentingan bersama seperti ilmu, maklumat, traffic, tempat mengadu kasih dan sebagainya. Sekiranya sekadar menjadi blogger pasif, anda mungkin akan dikategori sebagai blogger kurang friendly.

Bagaimana hendak jadi friendly?

  • Rajin BW ke blog rakan
  • Sentiasa meninggalkan komen yang membina
  • Berkongsi maklumat dan informasi
  • Sentiasa bantu membantu antara blogger
  • Tidak kedekut ilmu dan sebagainya
Seterusnya untuk menyambung pemberian award ini, Sop memilih http://sudirsuichi.blogspot.com/ sebagai penerima seterusnya.

Suichi layak menerima award ini kerana beliau bukan sahaja seorang pendidik malah pelawat yang setia. Tidak kira balik sekolah, baru lepas puasa, lepas mandi, lepas tidur (dan lain-lain lagi), pasti beliau akan menjalankan aktiviti blogwalking. Sifat melawat rakan-rakan sangat baik untuk diikuti..(boleh dapat traffic juga..huhuhu)

Semoga Suichi akan terus menjadi blogger yang friendly. 
Siapa hendak kenal lebih lanjut beliau, sila terjah ke blog beliau yer..
Terima kasih!


EmoticonEmoticon