22 August 2010

5 kesilapan semasa aktiviti Blog Walking

Dikala ini, aktiviti "Blog Walking" (BW) sentiasa dilakukan oleh bloggers untuk mencari traffic. Persefahaman yang dicapai tanpa perjanjian iaitu "lawat saya, saya lawat kembali" menjadikan traffic blog sentiasa bertambah. Lagi banyak blog yang diterjah, lebih banyak traffic akan diterima. Sop pernah membincangkan tentang traffic melalui BW ini di sini.

Antara kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh bloggers semasa aktiviti BW ialah:

  • Tidak tinggalkan URL blog - kadang kala terdapat bloggers terlupa memasukkan URL blog dan ia menyebabkan pemilik blog tidak dapat membuat lawatan balas
  • URL blog salah - mungkin kerana ingin cepat atau tersalah tekan, silap 1 huruf sahaja alamat blog anda sudah tidak dapat dilawati
  • Tidak membaca entry - anda mungkin terlepas entry yang baik dan berinformasi
  • Tidak meninggalkan komen - meningkalkan komen merupakan backlink yang kekal pada entry tersebut. Jika komen yang baik ditinggalkan, ia boleh memberi traffic yang bagus
  • Meninggalkan mesej kurang baik - Mesej di shoutmix atau shoutbox yang terlalu ringkas dan tidak menarik perhatian. Sekiranya mesej yang baik, bukan sahaja pemilik blog yang datang tetapi juga pelawat blog yang lain.
Terdapat banyak lagi kesilapan yang mungkin bloggers lakukan semasa aktiviti BW. 
Mungkin rakan lain boleh bantu memberi tambahan?

Oleh itu, akvititi BW perlu dilakukan dengan terbaik untuk memastikan anda mendapat traffic dan juga maklumat yang berinformasi. Majulah blog dengan BW..huhuhu [boleh ker?]


EmoticonEmoticon