04 July 2010

Sop menang peraduan Ustaz Love

Sungguh bertuah sop hari ini kerana terpilih sebagai pemenang bagi peraduan yang dianjurkan oleh blog Ustaz Love. Kemenangan ini dimaklumkan oleh Ustaz Love melalui pengumuman pemenang melalui blog beliau.


Sebenarnya, dalam minggu ini, sop sangat sibuk dengan tugasan pejabat sehingga hendak bercuti pun tidak sempat walaupun badan kurang sihat memandangkan tugas yang sangat urgent. Oleh demikian, sop tidak dapat melakukan blog walking sepenuhnya. Kadang-kadang hanya blogwalking sambil lalu sahaja sambil membuat tugasan.

Sop maklum dengan kemenangan ini apabila Ustaz Love meninggalkan komen di entry sop. Tanpa melengahkan masa, sop terjah blog beliau untuk mengetahuinya.



Alhamdulillah, hadiah pertama sop menang dalam peraduan. Sebelum ini, sop pernah menang sebagai peserta terawal menghantar peraduan oleh blog Mia Liana.

Kepada ustaz love, terima kasih diucapkan dan moga sukses selalu.

Maklumat lanjut mengenai keputusan peraduan oleh Ustaz Love, klik sini.


EmoticonEmoticon