Service motor Kedai Motosikal KS, Jalan Ipoh, KL

Ini adalah kali pertama Sop singgah ke kedai ini untuk service motor untuk kilometer 5 ribu. Sebelum ini pernah terbaca tentang kedai ini di forum-forum motosikal tetapi tidak kesempatan untuk singgah.


Pada hari tersebut, Sop kebetulan melalui jalan tersebut dan sempat singgah untuk membuat service biasa iaitu menukar minyak hitam dan oil filter.

Bercerita mengenai kedai ini, ia tidak terlaku eksekutif seperti sesetengah kedai motosikal berkuasa besar yang lain. Sekali pandang tidak ubah seperti kedai motosikal biasa tetapi kelihatan banyak motosikal berkuasa besar di dalamnya. Kedai ini juga memerima membaiki motosikal kecil juga. Apa yang Sop suka tentang kedai ini ialah Tokeynya yang ramah. Apabila ditanya, mudah untuk memberi penerangan. Namun begitu, kedainya betul-betul berada di tepi jalan utama.

Selain membuat service, aku juga menukar side mirror cermin motor. Side mirror baru ini lebih kecil dan rendah. Ini memudahkan aktiviti menyelit di laluan Kuala Lumpur. Sebelum ini, side mirror yang besar dan tinggi selalu menyebabkan sukar melalui celah-celah kereta kerana tersangkut pada side mirror.

Kos yang dihabiskan pada hari tersebut seperti berikut:
Minyak hitam [full synthetic]  - RM 50 x 2
Oil filter [original] - RM 40
Side mirror - RM 60
Kepada sesiapa yang hendak ke kedai ini, ia berdepan dengan Dynasty Hotel, Jalan Ipoh. Jika dari Kuala Lumpur, sila buat pusingan U di traffic light Balai Polis Sentul.

Nota kaki : Abis duit aku.. huhuhuhuuh


Galeri gambar:


Previous
Next Post »