Review movie Salt


Baru sahaja kembali dari menonton screening filem Salt yang dianjurkan oleh Nuffnang. Malam ini adalah pengalaman pertama menonton berada di kerusi paling hadapan. Ini berpunca tiket dibarisan belakang telah habis. Ramai bloggers yang mendapat jemputan datang awal kerana terdapat goodies kepada 15 pendaftar awal. Tahniah juga kepada 3 blogger yang dipilih sebagai entry terbaik dan memenangi hadiah camera - 1st, Backpack laptop - 2nd dan Speck Salt - 3rd.




Pendapat aku mengenai filem Salt ialah best dan mesti tonton. Jalan cerita sangat menarik dan aksi juga yang hebat. Seperti lakonan Angelina Jolie sebelum-sebelum ini, aksi dilakonkan sangat bersahaja dan mantap.

Cerita Salt mengisahkan Angelina Jolie sebagai perisik Russia yang menyamar dalam CIA. Beliau telah dilatih dari kecil untuk patuh kepada kumpulan perisikan Russia. Namun begitu, beliau telah berkahwin dengan seorang lelaki yang beliau sangat cintai. Dari sini beliau berubah menjadi baik tetapi pihak perisik Rusia telah menggunakannya untuk merosakkan US. Beliau sedar dia digunakan untuk menjayakan rancangan yang lebih besar dan ketuanya ialah rakan baik CIA yang juga perisik Russia.

Beliau mula membalas dendam apabila suaminya yang tidak bersalah dibunuh oleh kumpulan perisik Russia tersebut. Ingin tahu lebih lanjut? Sila ke pawagam yer.. :)

Sekiranya anda menonton filem ini, pastikan anda ikuti sepenuhnya jalan ceritanya kerana banyak kisah-kisah sebelumnya dipaparkan sebagai penerangan jalan cerita.

Untuk filem ini, sop bagi 4.5 daripada 5 bintang!
Previous
Next Post »