20 July 2010

Perlukah memasang lebih banyak iklan?

Kebelakangan ini, aku dapati ramai bloggers yang telah memasang lebih banyak iklan berikutan pertambahan pembekal perkhidmatan pengiklanan. Kesempatan ini diambil bloggers untuk mendapat lebih banyak peluang menjana pendapatan.

Persoalan di sini, adakah memasang banyak iklan ini menguntungkan?

Setelah diamati, kedua-dua mempunyai kebaikkan dan keburukkan. Mari kita sama-sama lihat kebaikkan dan keburukkan tersebut dan membuat penilaian bersama.

Kebaikkan lebih banyak iklan:

  • Sekiranya iklan banyak keluar, lebih banyak peluang mendapat pendapatan
  • Jika iklan A tidak keluar, mungkin iklan B keluar
  • Boleh meletakkan iklan dipelbagai sudut dan lebih banyak peluang pelawat untuk klik iklan tersebut
  • Boleh menceriakan blog
Point utama ialah berkaitan menjana pendapatan.

Keburukkan pula:
  • Hilang status (contoh Nuffnang)
  • Blog akan lebih berat untuk loading
  • Pelawat mungkin akan bosan dengan blog penuh iklan
  • Menunjukkan bloggers terdesak mencari pendapatan - lebih mementingkan iklan/pendapatan dari isi
  • Blog mungkin kelihatan teruk jika iklan tidak disusun dengan baik
Ini sahaja yang dapat terpikir buat masa ini. Mungkin anda mempunyai maklumat tambahan?

Apa yang paling aku suka apabila banyak syarikat pengiklanan, wujud persaingan antara mereka. Dengan adanya persaingan ini, pengguna akan mendapat lebih faedah. Contohnya bloggers akan ditawarkan lebih banyak peluang dan kelebihan untuk menarik lebih ramai pengiklan. Masing-masing juga akan menunjukkan prestasi yang baik untuk memastikan bloggers akan kekal bersama mereka.

Rumusannya, semua bergantung kepada bloggers itu sendiri. Apa tujuan menulis blog? Sekiranya untuk pendapatan, mesti menguatamakan iklan iaitu sumber pendapatan. Tetapi adakah perlu meletakkan lebih banyak iklan?

Apa pendapat anda mengenai perkara ini?


EmoticonEmoticon